Tuesday, 3 December 2013

PEMASANGAN KOTAK FIUS AGIHAN DI KEDIAMAN



Pengenalan
Tahukah anda bagaimana tenaga elektrik di rumah terhasil? Bagaimana lampu dan peralatan elektrik dapat dihidupkan? Jawapannya semua peralatan elektrik boleh dihidupkan dengan adanya Kotak Fius Agihan. Papan agihan atau Kotak Fius Agihan (KFA) ialah suatu tempat pengagihan pengalir kabel litar akhir, ini termasuklah pengalir fasa, neutral dan bumi.

Struktur Binaan Suis

Terdapat pelbagai komponen yang terdapat pada KFA. Badan KFA dibuat daripada kotak kayu atau kotak logam. Di dalamnya terkandung beberapa tapak dan penghubung fius, terminal neutral dan terminal bumi. Terminal-terminal ini hendaklah dibuat agar tidak bersentuh, di antara satu sama lain. Kadar arus nominal fius dalam papan agihan bergantung kepada jumlah arus beban dalam litar akhir. KFA terbahagi kepada 2 bahagian:



Rajah 1.0: Bahagian pada KFA

Kawalan Turutan

            Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut:-


  • Fius perkhidmatan dan penghubung Neutral – berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. ( Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB ).
  • Jangka kilo watt jam – berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadaran bayaran tarif. ( Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB ).
  • Suis utama – berfungsi sebagai pengasing atau penyuisan dan perlindungan arus lebihan.
  • Pemutus litar bocor ke bumi(MCB) – berfungsi sebagai perlindungan kebocoran ke bumi dan pengasing litar.
  • Papan/Kotak agihan – berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan.

SISTEM PENDAWAIAN DI MALAYSIA




PENGENALAN

Anda tahu apa itu sistem pendawaian? Di Malaysia pelbagai sistem pendawaian dipraktikkan.  Definisi sistem pendawaian ialah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat, pelindung mekanikal, aksesori elektrik.
Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis pelindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel yang digunakan.
Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pemasangan dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul di bawah semua keadaan.


Rajah 1.0: Contoh Sistem Pendawaian.


 FAKTOR PEMILIHAN

Perancangan dilakukan terlebih dahulu untuk memilih sesuatu sistem pendawaian agar tidak merugikan. Keutamaan harus diberikan supaya sistem ini mengawal kecekapan dan keselamatan. Di antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut :-

1. Jenis beban yang hendak dipasang samaada melibatkan 1 fasa atau 3 fasa.
2. Keadaan tempat pemasangan. Contoh: kawasan berair.
3. Kos perbelanjaan.
4. Tempoh ketahanan pemasangan.
5. Kekemasan dan kecantikan.
6. Keadaan sekeliling.
7. Tempoh masa menyiapkan.
8. Perubahan atau penambahan litar masa akan datang. Biasanya melibatkan rumah kediaman.
9. Jenis voltan bekalan iaitu samaada 240VAC atau 415VAC
10. Keselamatan dan kelulusan TNB / JKR.

JENIS-JENIS PENDAWAIAN
Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenaraikan di bawah ini seperti telah dinyatakan, ia bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi. Berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan.

  • Sistem permukaaan
  • Sistem tersembunyi
  • Sistem penyokong katenari
  • Sistem konduit
  • Sistem sesalur
  • Sistem salur
  • Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
  • Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum