Anda tahu apa itu sistem pendawaian? Di Malaysia pelbagai
sistem pendawaian dipraktikkan. Definisi
sistem pendawaian ialah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi
pengalir, penebat, pelindung mekanikal, aksesori elektrik.
Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai
cara mengikut jenis pelindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat
kabel yang digunakan.
Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan
berpandukan kepada kaedah-kaedah pemasangan dan jenis salutan pada kabel.
Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul di bawah semua
keadaan.
Rajah
1.0: Contoh Sistem Pendawaian.
FAKTOR PEMILIHAN
Perancangan
dilakukan terlebih dahulu untuk memilih sesuatu sistem pendawaian agar tidak
merugikan. Keutamaan harus diberikan supaya sistem ini mengawal kecekapan dan keselamatan.
Di antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut :-
1. Jenis beban yang hendak
dipasang samaada melibatkan 1 fasa atau 3 fasa.
2. Keadaan tempat
pemasangan. Contoh: kawasan berair.
3. Kos perbelanjaan.
4. Tempoh ketahanan
pemasangan.
5. Kekemasan dan kecantikan.
6. Keadaan sekeliling.
7. Tempoh masa menyiapkan.
8. Perubahan atau penambahan
litar masa akan datang. Biasanya melibatkan rumah kediaman.
9. Jenis voltan bekalan
iaitu samaada 240VAC atau 415VAC
10. Keselamatan dan
kelulusan TNB / JKR.
JENIS-JENIS
PENDAWAIAN
Jenis-jenis
sistem pendawaian yang disenaraikan di bawah ini seperti telah dinyatakan, ia
bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan
mekanikal yang diberi. Berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang
umum digunakan.
- Sistem permukaaan
- Sistem tersembunyi
- Sistem penyokong katenari
- Sistem konduit
- Sistem sesalur
- Sistem salur
- Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
- Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum
No comments:
Post a Comment