Pengenalan
Tahukah
anda bagaimana tenaga elektrik di rumah terhasil? Bagaimana lampu dan peralatan
elektrik dapat dihidupkan? Jawapannya semua peralatan elektrik boleh dihidupkan
dengan adanya Kotak Fius Agihan. Papan agihan atau Kotak Fius Agihan (KFA)
ialah suatu tempat pengagihan pengalir kabel litar akhir, ini termasuklah
pengalir fasa, neutral dan bumi.
Struktur Binaan Suis
Terdapat
pelbagai komponen yang terdapat pada KFA. Badan KFA dibuat daripada kotak kayu
atau kotak logam. Di dalamnya terkandung beberapa tapak dan penghubung fius,
terminal neutral dan terminal bumi. Terminal-terminal ini hendaklah dibuat agar
tidak bersentuh, di antara satu sama lain. Kadar arus nominal fius dalam papan
agihan bergantung kepada jumlah arus beban dalam litar akhir. KFA terbahagi
kepada 2 bahagian:
Rajah
1.0: Bahagian pada KFA
Kawalan Turutan
Kawalan turutan ialah turutan
alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan
pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan lebihan arus
dan perlindungan kebocoran ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam
kawalan turutan adalah seperti berikut:-
- Fius perkhidmatan dan penghubung Neutral – berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. ( Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB ).
- Jangka kilo watt jam – berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadaran bayaran tarif. ( Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB ).
- Suis utama – berfungsi sebagai pengasing atau penyuisan dan perlindungan arus lebihan.
- Pemutus litar bocor ke bumi(MCB) – berfungsi sebagai perlindungan kebocoran ke bumi dan pengasing litar.
- Papan/Kotak agihan – berfungsi sebagai pengagih litar
akhir dan perlindungan arus lebihan.
No comments:
Post a Comment